Jumaat, 23 September 2011

Kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan cara-cara mengatasinya

D.        Kekangan Bagi Merealisasikan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah lebih daripada sekadar menggunakan satu perisian pendidikan yang baru.  Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, Grove et.al. menyatakan nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambah motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat menurut Roblyer & Schwier.


Pengajaran Bahasa Melayu (BM) tidak  terkecuali daripada pengaruh TMK. Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatan agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran.  Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis.  Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna.  Disamping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai.  Oleh yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. 

Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran BM.  Guru BM sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer.  Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras keperluan pendidikan kini yang memerlukan  pengajaran lebih berpusatkan pelajar.

            Penggunaan TMK sebagai alat atau bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah semakin diperlukan, terutamanya di Sekolah Bestari, Sekolah Kluster, dan sekolah-sekolah yang banyak menyediakan makmal komputer dan ada mata pelajaran Literasi Komputer.  Namun demikian, ketaksuban dan keterlaluan bergantung kepada penggunaan TMK seperti komputer, internet, laman web, e-mel dan lain-lain boleh memberi impak yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran guru itu sendiri.  Dalam hal ini, pendidikan BM juga tidak terkecuali menghadapi masalah dalam pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran BM.  Guru dan pelajar akan mengalami masalah dan cabaran yang amat besar jika kedua-duanya terlalu bergantung kepada TMK untuk memperoleh dan menguasai ilmu pengetahuan.  Antara masalah penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran BM antaranya adalah seperti berikut:

i.          Pengetahuan dan kepakaran guru terhad
            Kajian tentang TMK dan peranannya dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kajian Suwarnee, Ros Azura, Hamzah secara umumnya mereka mendapati bahawa tahap pengetahuan dan kepakaran guru-guru BM masih berada di tahap sederhana.  Dalam hal ini, ada sesetengah guru BM tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam bagaimana hendak menggunakan TMK seperti internet, laman web, komputer, bagaimana hendak mengakses laman-laman web yang boleh dijadikan bahan bantu mengajarnya, dan sebagainya.  Hal ini banyak berlaku kepada guru-guru berpengalaman yang sudah mengajar BM lebih daripada 10 tahun dan ke atas, pengetahuan dan kepakaran yang terhad ini membataskan guru-guru BM untuk menggunakan TMK dalam pengajarannya.  Menurut Mohd Sarif, pengetahuan dankepakaran yang terhad menyebabkan guru tidak mahu menggunakan TMK sebagai sebahagian daripada bahan bantu pengajarannya.

ii.         Kandungan bahan berkaitan TMK terbatas.
            Mohd Arif, Rosnaini dan Zainuddin, menyatakan bahawa kini terdapat banyak laman web yang dibina dan ditulis dalam BM dalam internet.  Bagi laman web yang berkaitan pendidikan, sudah tentu ia sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru BM.  Namun begitu, tidak semua bahan yang terdapat dalam internet, laman web dan lain-lain sesuai dengan kurikulum sesuatu mata pelajaran BM, ini sudah tentu menyukarkan guru-guru BM untuk mengetengahkan bahan-bahan yang sesuai untuk pendidikan BM kepada pelajar-pelajarnya.  Ini secara tidak langsung membataskan pengetahuan pelajar tentang mempelajari bahasa menggunakan teknologi seperti internet.  Di samping itu, bahan-bahan yang terdapat dalam TMK lebih kepada cita rasa, budaya dan norma-norma masyarakat Barat yang kurang sesuai untuk pendidikan para pelajar.  Justeru, guru BM perlu mengenalpasti dan mengubahsuaikan kandungan kurikulum bahan yang diambil dari internet, laman web dan lain-lain mengikut budaya masyarakat Malaysia.

iii.        Perancangan pengajaran guru terhad
            Sesetengah guru BM yang mengajar menggunakan TMK akan berasa ketidakjelasan pengajaran bahasa mereka kerana kurang perancangan dalam merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan TMK.  Ini akan mendatangkan masalah dan rasa bimbang kepada pelajar untuk belajar bahasa menurut Jone, Kirkup dan Kirkwood kerana guru kurang pengalaman.  Guru-guru memerlukan sukatan pelajaran yang munasabah serta perancangan yang baik.  Suwarneee pula mendapati bahawa guru-guru BM masih berada di tahap sederhana daripada segi perancangan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi maklumat.  Apabila guru kurang atau lemah perancangan, maka pelaksanaan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran akan tergendala.  Justeru, guru-guru memerlukan sukatan pelajaran yang munasabah serta perancangan yang baik supaya objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan dalam rancangan mengajar tercapai.  Ketidakjelasan sukatan pelajaran akan menyukarkan pelajar untuk belajar BM dengan berkesan.  Masalah akan bertambah serius apabila TMK yang digunakan tidak dapat atau kurang berfungsi untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah pembelajaran bahasa mereka.


iv.        Monopoli Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran
            Bahasa Inggeris telah diakui sebagai bahasa dunia, bahasa ilmu dan bahasa TMK.  Oleh kerana ilmu TMK dan penciptaan komputer, internet, laman web dan sebagainya bermula dari Barat maka hampir semua istilah yang terdapat dalam komputer dan TMK ialah Bahasa Inggeris.  Demikian juga dalam pengajaran dan pembelajaran di mana penggunaan Bahasa Inggeris tidak lagi terhad kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris, tetapi telah semakin meluas.  Ini terjadi apabila kerajaan memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekitar tahun 2004.  Akibatnya, penggunaan Bahasa Inggeris semakin meluas dan mengukuhkan lagi penggunaannya dalam TMK.
            Apabila ini terjadi, hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK akan lebih sukar.  Ini sudah tentu akan menyukarkan Bahasa Melayu untuk memecahkan monopoli Bahasa Inggeris sebagai bahasa TMK.  Zamfi dan Mohamed Amin menyatakan bahawa Bahasa Inggeris sudah mantap dan kukuh penggunaannya sebagai bahasa TMK terutamanya daripada segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dan perbendaharaan kata.  Di samping itu,  bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di dalam internet, di laman-laman web dan sebagainya banyak dibincang dan ditulis dalam Bahasa Inggeris.  Di sinilah letaknya permasalahan yang terus dan akan dialami oleh guru-guru Bahasa Melayu.  Langkah mengatasi seperti memahami istilah dan menyesuaikannya dengan istilah Bahasa Melayu perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu.

v.         Kos dan kekurangan peralatan
            Proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan TMK merupakan suatu yang baru dalam sistem pendidikan negara kita.  Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk melengkapkan infrastruktur seperti komputer, makmal komputer, projektor multimedia, sistem pengawalan terminal dan sebagainya di setiap sekolah.  Bagi sekolah-sekolah luar bandar dan sekolah-sekolah yang tidak dikategorikan Sekolag Bestari sudah tentu akan mengalami kesukaran untuk menyediakan prasarana berkaitan dengan penggunaan TMK seperti kemudahan internet, komputer dan sebagainya.  Semua faktor ini menjadi penghalang kepada guru, khususnya guru Bahasa Melayu mengajar berbantukan bahan TMK seperti internet dalam kalangan pelajarnya.

vi.        Jurang digital dan penerimaan masyarakat.
            Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, sudah tentu penerimaan masyarakat terutamanya pelajar-pelajar sekolah akan menjadi titik tolak keberkesanan dan kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dan internet.  Sebagai contoh, pelajar-pelajar luar bandar sudah tentu mengalami kesukaran untuk belajar Bahasa Melayu di rumah kerana ketiadaan komputer, internet dan faktor sosioekonomi ibu bapa.  Justeru, sudah tentu segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK di rumah tidak dapat dijalankan dengan jaya atau berkesan.

vii.       Penerapan nilai murni dan moral masyarakat
            Maklumat yang terdapat di dalam TMk terlalu banyak dan tidak terbatas bidang ilmunya.  Ia mencakupi semua aspek kehidupan manusia sehingga kepada perbincangan yang membincangkan khusus untuk pendidikan. Internet misalnya merupakan jaringan TMK yang paling popular untuk tujuan pendidikan.  Namun demikian, tidak semua bahan-bahan yang terdapat di dalam internet sesuai untuk proses pendidikan khasnya untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.  Ini kerana pelajar-pelajar mungkin akan menyalahgunakan internet dan terdedah kepada unsur-unsur negatif yang boleh menjejaskan nilai moral pelajar.
            Dalam hal ini, sekiranya guru Bahasa Melayu ingin menggunakan sesuatu bahan dalam internet sebagai bahan bantu mengajarnya, maka guru perlu memastikan bahan tersebut perlu mencerminkan budaya, normadan menyanjung nilai-nilai estetika masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.  Bahan-bahan yang tidak bermoral, kurang berkualiti, bahan yang menyentuh sensitiviti kaum, bahasa, budaya sesuatu etnik di Malaysia perlu dielakkan.  Malahan, bahasa yang digunakan dalam bahan tersebut juga perlu dilihat. Bahasa-bahasa yang tidak bermoral, berunsur lucah, bahasa yang kurang sopan dan lain-lain bahasa negatif sebaik-baiknya tidak terdapat dalam bahan yang digunakan itu.  Tujuannya tidak lain untuk mendidik pelajar agar tidak terpengaruh dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan yang boleh mempengaruhi gaya pertuturan dan penulisan mereka.

viii.      Kesesuaian bahan pengajaran dan pembelajaran dari internet.
            Kebanyakan maklumat yang terdapat di dalam internet datangnya dari negara luar.  Terlalu sedikit bahan pengajaran dan pembelajaran yang ditulis oleh rakyat tempatan.  Malahan bahan-bahan yang ditulis oleh rakyat tempatan juga lebih banyak kepada Bahasa Inggeris.  Oleh yang demikian, maklumat-maklumat tersebut kadang-kadang tidak sesuai dijadikan bahan pendidikan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.  Justeru, dalam hal ini guru-guru Bahasa Melayu yang ingin mengambil bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dari internet perlu memastikan bahan-bahan itu memiliki ciri-ciri seperti berikut:


  • *    Kandungannya sesuai dengan kurikulum sukatan pelajaran Bahasa Melayu ataupun tidak.
  • *     Bahasa Melayu yang terdapat dalam bahan itu sesuai dengan tahap pelajar.
  • *  Bahan yang dipilih itu tidak mengandungi unsur-unsur sensitiviti kaum ataupun menyentuh hak-hak sesuatu kaum seperti bahasa, agama, budaya dan lain-lain.
  • *   Bahan yang dipilih mengandungi pelbagai aras kecekapan yang sesuai dengan kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah.
  • *      Bahan yang dipilih itu dapat mengembangkan potensi bahasa, pemikiran, sahsiah, interpersonal pelajar dan sebagainya.

xi.        Kurangnya peranan agensi pelaksana kerajaan
            Walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka sudah berusaha untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu seperti memperbanyakkan bahan-bahan berkaitan Bahasa Melayu di internet, tetapi Dewan Bahasa dan Pustaka kurang mendapatkan kerjasama dari agensi-agensi kerajaan seperti kementerian, jabatan, kerajaan negeri dan sebagainya.  Sebagai contoh, masih terdapat kementerian yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai satu cara menyebarkan maklumat berkaitan dengan peluang pekerjaan, menyambung pelajaran, tender dan sebagainya.  Mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu ataupun sekurang-kurangnya menggunakan dwibahasa.  Apabila ini terjadi sudah tentu usaha kita hendak menjadikan Bahasa Melayusebagai bahasa TMK akan menghadapi kegagalan ataupun tidak berjalan dengan lancar.
            Kita tidak boleh mengharapkan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.  Semua agensi kerajaan sama ada agensi peringkat pusat mahupun negeri mesti sama-sama membantu Dewan Bahasa dan Pustaka mendaulatkan penggunaan bahasa TMK berbahasa Melayu.  Justeru, semua agensi kerajaan pusat dan negeri perlu memasukkan semua maklumat berkaitan agensi masing-masing dalam Bahasa Melayu ataupun ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  Hanya melalui ini sahaja Bahasa Melayu boleh ditingkatkan atau sekurang-kurangnya sebaris dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa TMK.

Cara-cara mengatasi kekangan yang dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
                                                                                                         
Menurut Piontek dan Garrock, Rettig dan Smith berpendapat bahawa beberapa aspek perlu diambil kira oleh guru apabila memilih maklumat yang terdapat dalam teknologi maklumat, terutamanya laman-laman web.  Dalam konteks itu, guru-guru Bahasa Melayu harus tahu memilih dan menyesuaikan maklumat-maklumat dalam internet, laman web dan sebagainya sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.  Justeru, beberapa cadangan penyelesaian yang dikemukakan ini dapat membantu guru mengajar Bahasa Melayu menggunakan TMK seperti berikut:
                     
·                     Pemilihan perisian yang menepati kurikulum Bahasa Melayu
Guru-guru Bahasa Melayu perlu memastikan perisian-perisian yang hendak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu sesuai dengan tahap pelajar, mencakupi aspek-aspek kemahiran bahasa dan berbahasa, berupaya melatih pelajar berfikir secara kritis dan kreatif di samping mengandungi nilai-nilai murni yang sesuai untuk diterapkan.  Kementerian Pendidikan misalnya perlu merancang dan merangka kurikulum yang tersusun dan menyeluruh bagi penggunaan internet di dalam bilik darjah agar pelaksanaannya dapat mendatangkan manfaat kepada pelajar-pelajar.  Kurikulum tersebut perlu mengambil kira tahap kebolehan pelajar, lokasi sekolah dan kemampuan sekolah dari segi kewangan.

·                     Pembentukan kumpulan penilaian perisian yang dibuat dalam Bahasa Melayu
Pembentukan kumpulan penilian perisian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh menyelesaikan sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat.  Guru-guru bahasa perlu bekerjasama sesama mereka supaya setiap TMK yang digunakan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar.  Menurut Faridah, guru-guru yang berjaya membentuk kumpulan-kumpulan kerja (dalam aspek pengajaran dan pembelajaran) dapat bertukar-tukar maklumat tentang beberapa perkara berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.  Dalam hal ini, guru-guru boleh bekerjasama dalam satu kumpulan seperti membuat pemilihan, penilaian dan pembelian sesuatu program perisian.  Perkara yang paling mencabar bagi guru-guru ialah bagaimana hendak mengintegrasikan dengan jayanya sesuatu program perisian itu ke dalam sesuatu kurikulum.  Justeru, guru-guru Bahasa Melayu bekerjasama dalam satu kumpulan bagi memastikan perisian yang digunakan itu sesuai untuk pendidikan Bahasa Melayu.
                                   
·                     Kursus kemahiran penggunaan TMK
Bagi mencapai hasil yang cemerlang dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru-guru bahasa khususnya perlu diberi peluang oleh pentadbir sekolah untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan.  Kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan internet, laman web dan sebagainya harus didedahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu.  Guru-guru juga perlu diberi kursus berkaitan dengan bagaimana hendak mengakses komputer, internet, bahan dalam internet dan sebagainya.  Dengan pengetahuan dan sedikit kepakaran yang diterima akan membantu guru-guru Bahasa Melayu mempraktikkan penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar ketika mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.  Secara tidak langsung, kursus kemahiran menggunakan teknologi akan menjadikan guru Bahasa Melayu seorang guru yang berinovasi untuk jangka panjang. 
                         
·                     Penguasaan bahasa TMK – Bahasa Inggeris
Guru-guru Bahasa Melayu  perlu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.  Oleh kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa dominan dalam TMK, kelemahan menguasai bahasa siber pasti akan menyukarkan proses pengajaran guru.  Penggunaan bahasa TMK dapat membantu guru-guru Bahasa Melayu mengajar pelbagai kemahiran bahasa dan berbahasa seperti membaca, menulis, tatabahasa, ayat dan lain-lain yang semuanya menuntut guru Bahasa Melayu memahami istilah-istilah yang terdapat dalam teknologi maklumat.  Justeru, guru perlu mempertingkatkan keupayaan menguasai bahasa siber terutamanya Bahasa Inggeris yang dominan dalam TMK.  Selain itu, guru-guru Bahasa Melayu perlu juga menguasai istilah-istilah bahasa siber seperti yang terdapat dalam Kamus Komputer.  Amat rugi sekiranya guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Bestari atau guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar menggunakan komputer atau internet tidak tahu menggunakan komputer, bahasa komouter dan sebagainya.

·                     Kelengkapan prasarana
Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memperuntukkan wang yang besar.  Peruntukan ini perlu dimasukkan ke dalam Belanjawan Negara.  Dengan cara ini mudah bagi Kementerian Pelajaran menyalur dan menyediakan makmal dan perkakasan ke sekolah-sekolah terutamanya sekolah-sekolah yang dinaikkan taraf sebagai Sekolah Bestari dan sekolah-sekolah luar bandar.  Kualiti perkakasan yang dibekalkan juga perlu diberi perhatian oleh pihak Kementerian bagi memastikan setiap perkakasan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah benar-benar berkualiti dan boleh digunakan.  Dengan kata lain, guru Bahasa Melayu yang ingin mengajar menggunakan komputer, internet, laman web dalam pengajaran dan pembelajaran akan berjaya dan berkesan sekiranya bahan-bahan yang disediakan berkualiti dan dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

·                     Penglibatan dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
Antara usaha yang boleh dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah menerbitkan pelbagai buku berkaitan dengan bahasa TMK untuk kegunaan guru-guru di sekolah (termasuk guru Bahasa Melayu) seperti kamus-kamus pelbagai jenis, istilah dan pedoman ejaan dan lain-lain sumber merupai bahan rujukan untuk mempergiatkan penggunaan Bahasa Melayu oleh guru-guru di sekolah.  Peranan yang dimainkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha mengeluarkan pelbagai penerbitan dengan harga yang berpatutan adalah menggalakkan. 

·                     Peranan pentadbiran sekolah
Pentadbiran sekolah terutamanya Pengetua dan Guru Besar mempunyai bidang kuasa yang luas dan mutlak jika mahukan TMK menjadi pemangkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.  Pengetua dan Guru Besar boleh mengarahkan guru Bahasa Melayu misalnya menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya sebulan sekali ketika mengajar.  Proses ini boleh dilaksanakan dengan jayanya sekiranya Pengetua dan Guru Besar bertegas dalam hal ini dengan syarat semua prasarana pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer sudah lengkap.  Apabila arahan diwajibkan menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran , maka sudah tentu guru-guru Bahasa Melayu akan berusaha untuk menggunakan pelbagai perisian pengajaran Bahasa Melayu yang ada di pasaran hari ini sebagai sebahagian daripada bahan bantu pengajaran mereka.  Dengan cara ini usaha untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK dalam pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik dan berkesan.



·                     Cadangan lain untuk penambahbaikan
Terdapat beberapa cadangan lain untuk mengatasi kekangan yang dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui TMK.  Antaranya adalah seperti berikut:

  • *         Menggalakkan pemilikan komputer kepada guru-guru secara individu.  Ia akan dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan guru Bahasa Melayu dalam membina sesuatu perisian mengajar dan sebagainya.
  • *       Memberikan galakan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan juga khidmat nasihat untuk mendorong lebih ramai guru Bahasa Melayu melanjutkan pelajaran dan menghadiri kursus berkaitan dengan TMK misalnya kursus pembinaan perisian Bahasa Melayu untuk Sekolah Bestari.
  • *     Mengadakan lebih banyak kursus dalam perkhidmatan kemahiran TMK kepada guru Bahasa Melayu semua peringkat (sekolah rendah dan menengah).
  • *          Mengiktiraf atau membeli perisian-perisian yang dibangunkan sendiri oleh guru-guru Bahasa Melayu.
  • *         Mengadakan bengkel-bengkel membina perisian  kepada guru (termasuk Bahasa Melayu) dalam kursus dalam perkhidmatan.
  • *                 Memberi intensif dan galakan berterusan terhadap penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • *                 Bengkel kepakaran dalam kalangan guru Bahasa Melayu.
  • *           Guru-guru Bahasa Melayu seharusnya pakar dalam penggunaan teknologi maklumat.  Kemahiran Tmk ini tidak terbatas hanya kepada guru komputer dan guru TMK sahaja.  Sebaliknya, kepakaran yang ada dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang lain mengajar Bahasa Melayu dengan baik dengan menggunakan teknologi maklumat.
Penutup
Bahasa Melayu sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran.  Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.  Penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.  Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

Rujukan

1. A.Aziz Deraman (2007).  Bahasa Melayu dan Cabaran Global.  Dewan Bahasa, 7(2), 26-30




5. Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat, Tey Meng Kar.  Cabaran, Peluang dan Ancaman
     Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
     http://www1.tganu.uitm.edu.my/sitma06/PDF/sessi%204/s4b8.pdf

6. Mohd Feroz Abu Bakar, (1999).  IT dalam Pendidikan.

Brosur Tentang Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


Selasa, 6 September 2011

Sukatan BMM 3105


Hasil Pembelajaran


1.  Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian;
      model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.   Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.   Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.   Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5.   Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam
      persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6.   Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

Sinopsis:

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Tajuk kursus:


Tajuk
Kandungan
Jam
Catatan
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Menggunakan web, video, audio, dan imej
Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
6



Modul
2
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
6


Amali
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint
6

Modul
4
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Memilih bahan sastera
Memilih bahan tatabahasa
Memilih bahan bidang ilmu lain
6


Amali
5
Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
6






Modul dan Amali
6
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
Struktur Linear
Struktur Rangkaian
6


Modul
7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
Membina bahan.
6



Amali
8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
6


Amali

9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
Prosedur pengeditan
Prinsip pengeditan
Melaksanakan pengeditan
Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.
6


Modul
10
Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
§  Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
§  Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
§  Membina bahan video dan audio
§  Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.
6




Modul dan Amali
11
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
Konferensi secara dalam talian
Mengadakan sidang video untuk mengajarkankemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.
6


Amali
12
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
6



Modul
13
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
Memanipulasi animasi dalam persembahan
6



Amali
14
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
6



Amali
15
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
Mengadakan seminar
Mengadakan pameran



Tajuk 1-Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

ENJIAN CARIAN WEB


1.0 Pengenalan
Enjin carian web adalah enjin carian yang direka bagi mencari maklumat yang hendak
dicari menggunakan World Wide Web. Maklumat dicari mungkin berkaitan dengan
laman web, gambar, maklumat dan sebagainya. Sesetengah anjin carian juga mencari
data di dalam newsbook, pangkalan data atau direktori terbuka. Tidak seperti direktori
web, yang di selenggara oleh manusia sebagai editor, enjin carian beroperasi secara
algoritma atau kombinasi algoritma dan input dari manusia.

1.1 Sejarah Enjin carian
Note: "Launch" refers only to web availability of original crawl-based web search engine results.
Tahun Enjin Carian Status
1993 Aliweb Launch
1994
WebCrawler Launch
Infoseek Launch
Lycos Launch
1995
AltaVista Launch (part of DEC)
Magellan Launch (The McKinley Group)
Excite Launch
SAPO Launch
1996
Dogpile Launch
Inktomi Founded
HotBot Founded
Ask Jeeves Founded
1997
Northern Light Launch
Yandex Launch
1998 Google Launch
1999
AlltheWeb Launch
GenieKnows Founded
Naver Launch
Teoma Founded
Vivisimo Founded
2000 Baidu Founded
2003 Info.com Launch
2
2004
Yahoo! Search Final launch
A9.com Launch
2005
MSN Search Final launch
Ask.com Launch
GoodSearch Launch
2006
wikiseek Founded
Quaero Founded
Ask.com Launch
Live Search Launch
ChaCha Beta Launch
Guruji.com Beta Launch
2007
wikiseek Launched
Wikia Search Launched
2008
SearchMe Launched
Powerset Launched
Viewzi Launched
Cuil Launched
Boogami Launched


1.2 Jenis soalan atau tajuk carian
Web boleh digunakan bagi mendapatkan jawapan kepada beberapa jenis soalanspesifik
dan eksplotari- bagi setiap soalan memerlukan penggunaan pencarian strategi
yang berlainan. Soalan spesifik ialah soalan yang dapat dikenalpasti jawapannya secara
tepat, manakala bagi soalan eksplotari ia adalah soalan bersifat terbuka yang sukar
dikenalpasti jawap secara tepat kerana kemungkinan terdapat pelbagai jawapan bagi
soalan tersebut.


Contoh soalan spesifik:
· Apakah populasi Rakyat Malaysia?
Contoh soalan eksplotari:
· Apakah penyebab bagi kemelesetan ekonomi?
3


2.0 Penggunaan Enjin Carian
Search engine atau pun enjin carian adalah laman web(atau sebahagian dari laman
web) yang mencari maklumat daripada laman web lain yang menepati perkataan atau
frasa yang dicari. Perkataan atau frasa yang dimasukkan dikenali sebagai search
expression atau query. Search expression atau query adalah arahan yang memberitau
enjin carian bagaimana carian dilakukan.
Berikut adalah langkah-langkah penggunaan enjin carian AltaVista. Langkahlangkah
ini boleh diguna pakai oleh enjin carian lain.
Rajah 2.0: Laman utama enjin carian AltaVista.
Laman carian secara asasnya menyediakan textbox bagi pengguna memasukkan
topik atau perkataan yang ingin dicari bagi memulakan carian. Antara enjin carian yang
polular adalah HotBot dan Google.
Rajah 2.1: Laman utama enjin carian HotBot.
4
Rajah 2.2: Laman utama enjin carian Google.
Enjin carian tidak mencari laman web bagi mendapatkan maklumat tertentu tetapi
mencari maklumat dalam pangkalan datanya sendiri berkenaan laman web yang telah
dikumpulkan, di indeks dan di simpan.
Sekiranya pengguna memasukkan perkataan atau topik carian yang sama kepada
enjin carian yang berlainan, pengguna akan mendapat hasil yang berlainan kerana setiap
enjin carian mengumpulkan maklumat yang berlainan di dalam pangkalan data masingmasing
dan setiap enjin carian menggunakan prosedur yang berlainan untuk mencari di
dalam pengkalan data tertentu.
2.1 Latihan Penggunaan Enjin Carian
1. Klik kepada browser / gelitar
2. Pilih mana-mana enjin carian seperti jadual 2.0 dibawah dan taipkan alamat enjin
carian di browser. Tunggu sehingga browser membuka halaman web enjin carian
berkenaan.
Enjin Carian Alamat
AlltheWeb
AltaVista
Google
HotBot
Lycos
Teoma
Ask Jeeves
http://www.alltheweb.com/
httpa://www.altavista.com/
http://www.google.com.my/
http://www.google.com.my/
http://www.lycos.com/
http://www.lycos.com/
http://www.ask.com/
Jadual 2.0: Contoh enjin carian.
3. Taipkan “Malaysia annual rainfall” didalam kotak yang disediakan.
5
4. Klik kepada butang yang bersesuaian bagi memulakan pencarian. Hasil carian
akan muncul di halaman baru, Halaman tersebut akan menyatakan kemungkinan
terdapat beratus, beribu laman web yang mengandungi jawapan kepada topik
yang dicari.
5. Skrol ke bawah halaman hasil carian dan kenalpasti hasil carian yang menepati
kehendak anda.
6. Klik kepada beberapa pautan atau link yang memberi maklumat berkenaan hujan
tahunan di Malaysia (Malaysia annual rainfall). Sekiranya maklumat tidak
dijumpai, klik kepada link seterusnya yang menyediakan maklumat berkenaan
(selalunya diletakkan di bawah halaman pertama hasil carian).
2.1 Penggunaan Help Bagi Pencarian Asas AltaVista
1. Buka gelitar atau browser.
2. Taipkan www.altavista.com
Rajah 2.3: Laman utama enjin carian AltaVista
3. Klik kepada butang Help
6
Rajah 2.4: Laman bantuan enjin carian AltaVista
4. Klik pada Search
5. Skrin akan memaparkan AltaVistaHelp maklumat bagaimana topik carian di
interpretasi
Rajah 2.4: Panduan asas carian
7
3.0 Direktori Web
Direktori web adalah senarai pautan-pautan kepada laman web yang di uruskan
secara hierarki mengikut kategori. Direktori subjek adalah katalog dalam laman yang
dikumpulkan oleh manusia.
Direktori subjek dikenali juga sebab pokok bagi subjek kerana ia bermula dengan
kategori utama dan dipecahkan kepada kategori lebih kecik atau sub-kategori,topik dan
sub-topik. Direktori biasanya digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan topik
dimana kita tidak mempunyai idea tertentu berkenaan apa yang ingin diperolehi.
Rajah 3.0: Laman utama carian direktori MSN
4.0 Penggunaan Enjin Carian Meta
Meta Search Engine atau Enjin-Carian Meta adalah satu alatan yang
menggabungkan kuasa beberapa enjin carian. Beberapa alatan enjin carian meta juga
termasuk direktori-direktori. Idea disebalik alatan pencarian meta adalah mudah. Setiap
enjin carian pada web mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berlainan kerana:
· Menggunakan berlainan robot web bagi mengumpulkan makluman berkaitan
halaman web.
· Menyimpan jumlah halaman web teks yang berlainan di dalam pangkalan data.
· Memilih laman web yang berlainan sebagai indeks.
· Mempunyai sumber penyimpanan yang berlainan.
· Interpretasi tajuk carian secara berlainan.
8
Rajah 4.0: Laman utama enjin carian meta Mamma.com
4.1 Latihan Penggunaan Enjin Carian Meta
1. Klik kepada browser atau gelitar
2. Pilih mana-mana meta enjin carian di bawah dan taipkan alamat enjin carian di
browser. Tunggu sehingga browser membuka halaman web enjin carian meta
berkenaan.
Enjin Carian Meta Alamat
7metasearch.com/
ez2Find
Fazzle
kartoo
metaeureka
turbo10
http://7metasearch.com/
http://www.ez2www.com/
http://www.fazzle.com/
http://www.kartoo.com/
http://www.metaeureka.com/
http://turbo10.com/
Jadual 4.0: Contoh enjin carian meta
3. Taipkan “Malaysia annual rainfall” didalam textbox yang disediakan.
4. Klik kepada butang yang bersesuaian bagi memulakan pencarian. Hasil carian
akan muncul di halaman baru, Halaman tersebut akan menyatakan kemungkinan
terdapat beratus, beribu laman web yang mengandungi jawapan kepada topik
yang dicari.
5. Skrol ke bawah halaman hasil carian dan kenalpasti hasil carian yang menepati
kehendak anda.
6. Sekiranya maklumat berkenaan tidak dijumpai, ulang semula carian dengan
menggunakan enjin carian berlainan.
9
5.0 Operator Boolean
Enjin carian berbeza dengan direktori subjek. Sementara manusia menguruskan
direktori katalog subjek, enjin carian bergantung kepada aturcara komputer dipanggil
‘spider’ atau robot bagi mencari web dan log perkataan di setiap halaman. Melalui
penggunaan enjin carian, kata kunci yang berkaitan dengan topik ditaip di kotak carian.
Enjin carian kemudiannya akan mengimbas kepada pangkalan data dan
menyerahkan fail dan pautan kepada laman web yang mengandungi perkataan yang
dinyatakan dalam carian. Oleh kerana pangkalan data adalah besar, enjin carian selalunya
memberikan beribu-ribu jawapan. Tanpa strategi carian atau teknik, pencarian akan
menjadi sukar dan hasil tidak dapat mencapai matlamat carian.
Bagi menggunakan enjin carian secara efektif, adalah penting bagi pencari
maklumat melaksanakan teknik yang dengan memberi soalan secara spesifik. Berikut
adalah teknik dan strategi dalam memastikan enjin carian digunakan secara efektif.
5.1 Kenalpasti Kata Kunci
Apabila melaksanakan pencarian, pecahkan topik kepada beberapa konsep utama.
Contohnya, untuk mencari maklumat berkenaan pendapat FCC tentang industri
komunikasi tanpa wayar; kemungkinan kata kunci adalah:
FCC wireless communication
5.2 Penggunaan Boolean AND
Menyambungkan terma dicari dengan Boolean AND akan memberitahu enjin
carian bagi mendapatkan laman web yang mengandungi semua yang terdapat dalam kata
kunci.
FCC and wireless and communication
Enjin carian tidak akan memulangkan hasil apa-apa sekiranya pencarian hanya
menemui satu atau dua kriteria dalam kata kunci berkenaan.
Enjin carian hanya akan memulangkan hasil carian sekiranya perkataan FCC,
wireless, dan communication terpapar di dalam satu halaman.Oleh itu, boolean AND
membantu dalam mengecil atau memperincikan lagi hasil carian kerana ia menghadkan
hasil carian dimana semua kata kunci diterima.
10
Latihan AND
1. Taipkan kata kunci yang dihubungkan dengan menggunakan perkataan And
dalam pencarian bagi mencari topik berkenaan dengan teknik meningkatkan
produktiviti secara berkumpulan bagi pasukan bola sepak.
2. Pilih kata kunci yang penting bagi memudahkan pencarian.
3. Klik kepada butang cari
4. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
5. Klik kepada pautan yang bersesuaian.
5.3 Penggunaan BOOLEAN OR
Penggunaan Boolean OR memberitahu enjin carian untuk mendapatkan laman
web yang mengandungi mana-mana kata kunci atau semua kata kunci yang terdapat
dalam carian.
FCC or wireless or communication
Apabila OR digunakan, enjin carian akan mendapatkan segala maklumat
berkenaan satu kata kunci, beberapa kata kunci dan semua kata kunci yang memenuhi
criteria yang dicari.
Contohnya: pernyataan ini mencari maklumat berkenaan pembelian kereta terpakai.
(car or automobile or vehicle) and (buy or purchase) and used
Latihan OR
1. Taip perkataan seperti di bawah pada enjin carian tertentu.
FCC or wireless or communication
2. Klik kepada butang cari
3. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
4. Klik kepada pautan yang bersesuaian.
5.4 Penggunaan BOOLEAN AND NOT
AND NOT memberitahu enjin carian untuk mendapatkan laman web yang
mengandungi satu kata kunci tapi bukan kata kunci kedua.
dolphins and not Miami
11
Contoh diatas mengarahkan enjin carian supaya mencari maklumat berkenaan ikan
lumba-lumba(dolphin) tetapi bukan (but not) maklumat berkenaan pasukan Miami.
Dolphin.
Latihan AND NOT
1. Taip perkataan seperti di bawah pada enjin carian tertentu.
Dolphins and not Miami
2. Klik kepada butang cari
3. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
4. Klik kepada pautan yang bersesuaian.
5.5 Penggunaan BOOLEAN PLUS & MINUS
Dalam kebanyakan enjin carian, simbol plus (+) dan minus (-) dapat dijadikan
sebagai alternative kepada Boolean AND dan AND NOT. Simbol plus (+) adalah
bersamaan dengan AND, dan symbol minus (-) adalah bersamaan dengan AND NOT.
NOTA: Pencarian maklumat menggunakan AltaVista's memerlukan penggunaan simbol
plus dan minus berbanding penggunaan AND, OR, and AND NOT.
+welding +process
+Saturn -car
couch sofa
Latihan Boolean (+/-)
1. Taip perkataan seperti di bawah pada enjin carian tertentu.
+welding +process
2. Klik kepada butang cari
3. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
4. Klik kepada pautan yang bersesuaian.
5.6 Pencarian Frasa
Penggunaan double quotes (“ ”) kepada topik carian memberitahu enjin carian
supaya mencari maklumat yang berangkai didalam frasa berkenaan dan terletak sebelah
menyebelah. Pencarian frasa adalah teknik carian yang berkuasa dimana topik pencarian
dikecilkan dalam membuat carian yang berkaitan sahaja.
"John F. Kennedy"
"Walt Disney World"
"global warming"
12
Untuk hasil yang lebih baik, gabungkan penggunaan pencarian bersama Boolean
(+/-) atau Boolean logik (AND, OR, and AND NOT).
+"heart disease" +cause
"heart disease" and cause
Latihan Frasa
1. Taip perkataan seperti di bawah pada enjin carian tertentu.
"heart disease" and cause
2. Klik kepada butang cari
3. Skrol ke bawah dan kenalpasti antara 10 dapatan.
4. Klik kepada pautan yang bersesuaian.
13
ALAT KOMUNIKASI ATAS TALIAN
1.0 Pengenalan
Alat komunikasi atas talian merupakan perkhidmatan Internet yang membenarkan
pengguna untuk berinteraksi, berkomunikasi serta berkongsi data antara satu sama lain. Ia
juga dikenali sebagai perisian sosial. Perkhidmatan ini telah menjadi sangat popular sama
seperti laman web sosial seperti MySpace, Facebook dan juga laman web media seperti
Flickr dan YouTube. Kebanyakan alat komunikasi atau aplikasi ini berkongsi ciri-ciri
yang sama seperti mempunyai rekabentuk berdasarkan perkhidmatan dan berkeupayaan
untuk memuat naik dan memuat turun data serta media.
Perisian kolaboratif pula merupakan istilah alat komunikasi yang lebih spesifik
dimana ianya menggunakan sistem perkongsian maklumat bersama dan selalunya
penggunaannya menjurus kepada perisian yang menyediakan fungsi-fungsi untuk tugasan
secara berkumpulan. Penggunaan istilah sosial dan juga kolaboratif berbeza hanya pada
cara penggunaannya bukan pada alatan tersebut walaupun sesetengah alat kolaboratif
jarang digunakan untuk kegunaan kerja-kerja berkumpulan.
Alatan yang digunakan dalam aplikasi perisian sosial ialah alat komunikasi dan
juga alat interaktif. Alat komunikasi selalunya menguruskan pengambilan (capturing),
penyimpanan dan persembahan komunikasi tersebut, selalunya mesej akan ditaip tetapi
kini ianya boleh dilampirkan bersama audio dan juga video. Alat interaktif menguruskan
media interaksi antara pengguna secara berpasangan ataupun secara berkumpulan. Alat
komunikasi memfokus kepada memastikan hubungan antara pengguna sentiasa berada
dalam talian, membantu cara perbualan dan percakapan. Alat komunikasi pada umumnya
berbentuk asynchronous manakala alat interaktif berbentuk synchronous, dimana ia
membenarkan pengguna untuk berkomunikasi secara masa nyata (phone, Net phine,
video chat) atau hampir-synchronous (Instant Messaging, chat secara teks).
2.0 Jenis Alat Komunikasi Atas Talian
Terbahagi mengikut mod komunikasi samada mod satu-ke-satu (email, instant
messaging), satu-ke-ramai(blog) dan ramai-ke-ramai (wiki). Berikut merupakan contohcontoh
alat komunikasi yang kini sering digunakan sama ada ianya berbentuk kolaboratif
ataupun tidak.
1. Mel elektronik (Email)
2. Kumpulan berita (Newsgroup)
3. Groupware
4. Virtual communities
5. Mailing list
6. Papan mesej (Message board) atau Forum
7. Instant Messaging
14
8. Chat
9. Blog
10. Wiki
11. Web-conferencing
2.1 Mel Elektronik (E-Mail)
Merupakan alat transmisi atau penghantaran mesej dan fail melalui rangkaian
komputer. Mesej yang dihantar boleh mengandungi teks ringkas ataupun boleh disertakan
bersama lampiran seperti dokumen, grafik, audio dan juga klip video. Selalunya
pembekal capaian Internet bagi sesebuah negara ada membekalkan program-program email.
Program e-mail ini menggunakan kaedah capaian melalui pelanggan. Kini terdapat
pelbagai perisian atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam pelbagai kategori. Berikut
merupakan senarai perisian e-mail mengikut kategori:
Perisian E-mail Berbentuk Grafik
· acme Mail
· Apple Mail
· Balsa
· Becky!
· Bloomba
· Citadel
· Claris Emailer
· Claws Mail atau Sylpheed Claws
· Courier
· Eudora
· Forté Agent
· Foxmail
· IncrediMail
· KMail
· Lotus Notes
· Opera Mail
· Mail
· Mailsmith
· Microsoft Entourage
· Microsoft Office Outlook
· Modest
· Mozilla Mail & Newsgroups
· Mozilla Thunderbird
· Mulberry
· Netscape
· Novell Evolution
· Novell GroupWise
· Outlook Express
· Pegasus Mail
· i.Scribe/InScribe
· SeaMonkey Mail & Newsgroups
· Sylpheed
· The Bat!
· Windows Live Mail
· YAM (Yet Another Mailer)
15
Perisian E-mail berbentuk teks
· Alpine
· Cone
· Elm
· Elmo
· Gnus
· mailx
· MH
· Mutt
· Pine
· sendEmail (berbentuk command-line untuk pelanggan SMTP)
· Turnpike (Boleh mengandungi teks, membaca HTML dan juga gambar)
· Upas
Perisian E-mail berbentuk web
· 24SevenOffice
· Alpine
· Bongo
· Citadel
· Horde IMP
· Hula project
· Kerio WebMail
· OpenGroupware Webmail
· RoundCube Webmail
· SquirrelMail
· WebPine
· Zimbra
Perisian E-mail berbentuk atas talian
· Mail2web
16
2.1.1 Langkah-Langkah Menghantar E-Mail
Rajah 2.0: Langkah-langkah menghantar mesej melalui email.
1. Buka program e-mail dan klik pada butang atau ikon Mesej Mail Baru.
2. Paparan untuk ruangan mesej baru akan dipaparkan.
3. Masukkan alamat penerima, subjek mesej dan juga mesej yang ingin disampaikan
mengikut ruangan yang disediakan.
4. Klik pada butang sisipan atau lampiran sekiranya ingin melampirkan bersama
gambar, dokumen, fail atau audio/video.
5. Klik butang hantar untuk menghantar mesej.
6. Penerima akan menerima mesej mail yang dihantar beserta lampiran yang
disertakan.
17
2.2 Webmail
Webmail atau email berasaskan web merupakan perkhidmatan email yang dicapai
melalui pelayar web sebagai alternatif kepada email yang dicapai melalui pelanggan.
Pembekal webmail yang popular kini adalah seperti Gmail, Yahoo!Mail, Hotmail dan
juga AOL.
Kelebihan utama penggunaan webmail daripada e-mail berasaskan aplikasi ialah
pengguna mempunyai kebolehan membuat capaian inbox mereka dari mana-mana
komputer yang mempunyai talian Internet di seluruh dunia. Walaubagaimanapun,
keperluan talian Internet merupakan satu permasalahan. Pengguna tidak dapat mencapai
akaun e-mail mereka sekiranya tiada talian Internet.
Rajah 2.1: Laman penghantaran mesej Gmail.
2.3 Mailing list Elektronik
Mailing list merupakan koleksi nama dan alamat pengguna yang digunakan oleh
individu atau organisasi untuk menghantar bahan-bahan kepada pelbagai penerima. Ini
memerlukan individu-individu lain dalam komuniti tersebut untuk mendaftar di dalam
senarai atau kumpulan tersebut.
Mailing list elektronik atau kadangkala dikenali sebagai e-list atau elist
merupakan perkhidmatan istimewa dalam sesebuah e-mail yang membenarkan
penyebaran maklumat secara meluas kepada ramai pengguna Internet. Penggunaannya
18
mirip kepada mailing list dimana penghantaran mesej secara e-list memerlukan alamat
email penghantar, mesej yang ingin dihantar dan juga alamat penerima. Perbezaannya
dengan email biasa ialah terletak pada alamat penerima dimana hanya satu alamat email
penerima digunakan yang mewakili keseluruhan alamat email dalam komuniti tersebut
yang telah berdaftar. Maka semua pengguna berdaftar bagi alamat komuniti tersebut akan
menerima salinan mesej yang dihantar.
Berikut merupakan beberapa perisian atau aplikasi yang menawarkan atau
mnguruskan mailing list elektronik secara percuma ataupun berbayar:
· phplist
· Dada Mail
· GNU Mailman
· LISTSERV
· Majordomo
· ezmlm
· Sympa
· Gmane
· Google Groups
· Yahoo Groups
· MSN Groups
Rajah 2.2: Contoh maling list yang terdapat dalam Yahoo! Groups.
19
2.4 Kumpulan Berita (Newsgroup)
Newsgroup merupakan perkhidmatan yang menyediakan ruangan atas talian bagi
pengguna membincangkan sesuatu subjek. Ia merupakan tempat simpanan kepada mesejmesej
yang dihantar oleh pengguna-pengguna dari tempat yang berasingan. Secara
fungsinya, ia mirip kepada kumpulan perbincangan (discussion group), forum
perbincangan dalam Internet tetapi perbincangan tersebut memfokuskan kepada sesuatu
topik berbentuk berita . Perbincangan tersebut boleh menyatakan maklumat yang sebenar
ataupun maklumat rahsia yang dianggap sulit.
Perisian Newsreader digunakan untuk membaca newsgroup. Pentadbir berita akan
menentukan tempoh penyimpanan dan paparan berita atau artikel sebelum sampai tarikh
luput. Selalunya sesuatu topik akan dipaparkan selama satu atau dua minggu tetapi
sesetengah pentadbir akan memaparkan artikel secara lokal lebih daripada tempoh dua
minggu. Newsgroup merupakan transformasi teknologi Internet terhadap papan berita
atau papan buletin umum secara manual.
Populariti sesebuah Newsgroup adalah pelbagai berbeza mengikut topik.
Sesetengah newsgroup hanya mempunyai beberapa post dalam sebulan manakala
sesetengah newsgroup mempunyai beratus-ratus malah menjangkau ribuan post dalam
masa sehari. Kini weblog atau dikenali sebagai blog telah menggantikan setengah
daripada fungsi newsgroup.
Rajah 2.3: Pengguna-pengguna dalam newsgroup membaca dan membalas mesej kepada
pengguna lain
20
2.5 Papan Mesej (Message Board) atau Forum
Message board atau lebih dikenali sebagai forum Internet pula merupakan papan
buletin jenis kumpulan perbincangan (discussion group). Kebanyakan laman web
menggunakan perkhidmatan ini kerana ianya lebih mudah digunakan.
Forum merupakan aplikasi web yang menguruskan kandungan yang dihasilkan
oleh pengguna. Forum membenarkan pelawat luar yang tidak berdaftar mahupun
kumpulan penyumbang sebagai ahli untuk melihat kandungan yang dimuatkan dalam
topik-topik perbincangan. Ahli-ahli forum yang berdaftar akan menghantar topik untuk
dibincangkan (dikenali sebagai threads) dan berkomunikasi antara satu sama lain melalui
mesej yang dihantar bagi topik tersebut (dikenali sebagai post) atau mesej sulit.
Rajah 2.4: Contoh topik-topik forum beserta jumlah post.
21
2.6 Instant Messaging(IM)
Instant Messaging merupakan salah satu perkhidmatan komunikasi Internet yang
membenarkan seseorang berkomunikasi dengan orang lain secara masa nyata dan juga
secara peribadi. Servis ini akan memberitahu kepada pengguna secara automatik apabila
ahli dalam IM pengguna itu sedang dalam talian. Antara IM yang popular termasuklah
Gtalk, Skype, Meebo, ICQ, Yahoo!Messenger, Pidgin dan juga AOL Instant Messenger.
Terdapat juga perisian IM yang direka untuk kegunaan perniagaan seperti IBM Lotus
Sametime, Microsoft Messenger dan juga Jabber.
Pengguna IM boleh menambah ahli atau senarai buddy dengan memasukkan
alamat email pengguna lain ataupun kata pengenalan mereka. Sekiranya ahli tersebut
berada atas talian, nama mereka akan tersenarai sebagai bersedia untuk sembang. Dengan
klik pada nama ahli, ruangan sembang akan diaktifkan secara automatik dengan
kemudahan ruang taip dan juga ruang bacaan apabila ahli tersebut menjawab perbualan
tersebut.
Rajah 2.5: Antaramuka perisian Yahoo! Messenger
2.7 Ruangan Sembang Secara Teks (Text Chat)
Chat merupakan perbualan secara masa nyata yang dibuat melalui Internet
menggunakan komputer. Ruangan sembang (chat room) pula merupakan lokasi yang
22
disediakan di dalam pelayan Internet yang membenarkan pengguna untuk berbincang dan
berbual berkenaan topik-topik kegemaran mereka. Teknologi ini membenarkan seramai
mana pengguna berkomunikasi antara satu sama lain secara umum. Pengguna boleh
mengikuti mana-mana chat room yang telah tersedia ataupun chat room mengikut topiktopik
tertentu.
Apabila pengguna menghantar mesej, maka semua pengguna lain yang berada
dalam ruangan sembang tersebut dapat membaca mesej yang dihantar, sama seperti
maklum balas daripada pengguna lain. Setiap pengguna juga bebas menjemput
pengguna-pengguna lain mengikuti ruangan sembang tersebut sama ada ruangan
sembang itu diwujudkan oleh orang lain ataupun yang diwujudkan sendiri oleh pengguna
tanpa perlu meminta kebenaran daripada sesiapa. Selain daripada komunikasi ramai-keramai,
chat juga menyediakan komunikasi secara seorang-ke-seorang.
Berikut merupakan contoh-contoh perisian yang menyokong perkhidmatan chat
dan juga terdapat perisian chat yang lebih fleksibel dimana ianya menyokong pelbagai
protokol.
· AOL Instant Messenger (AIM)
· Camfrog
· Campfire
· Gadu-Gadu
· Google Talk
· ICQ (OSCAR)
· Internet Relay Chat (IRC)
· Jabber (XMPP)
· MUD
· Paltalk
· PSYC
· QQ
· SILC
· Skype
· Talk
· Talker
· TeamSpeak (TS)
· Windows Live Messenger
· Yahoo! Messenger
· Adium
· Digsby
· IMVU
· Kopete
· Miranda IM
· Pidgin
· Trillian
· Quiet
· Internet Pager
23
Rajah 2.6: Tetingkap ruangan sembang
2.8 Blog
Blog iaitu singkatan daripada log secara web merupakan jurnal peribadi seseorang
individu secara atas talian. Pemilik blog akan menghantar mesej atau artikel dalam kadar
tempoh waktu tertentu yang membenarkan pengguna lain sebagai pemerhati memberikan
komen dan pendapat mereka. Topik yang dibincangkan selalunya termasuklah aktivit
kehidupan seharian pemilik, pandangan tentang politik ataupun sesuatu subjek yang pada
pandangan mereka merupakan penting untuk dikongsikan bersama.
Pengguna lain boleh berinteraksi bersama pemilik blog melalui ruangan komen
yang disediakan. Mereka juga dibenarkan mewujudkan forum untuk membincangkan
sesuatu topik. Disinilah wujudnye blog sebagai salah satu alat komunikasi atas talian.
Terdapat juga pautan kepada blog-blog pengguna lain yang dikanli sebagai blogroll.
Antara perkhidmatan Internet yang menawarkan ruangan blog ialah Slashdot,
LiveJournal dan juga BlogSpot. Bagi pengguna yang ingin memiliki blog yang berbentuk
perniagaan, perisian IBM Lotus Connections dan Jive merupakan pilihan terbaik.
Kebanyakan blog secara umumnya berbentuk teks, namun sesetangahnya
memfokuskan kepada seni (artlog), fotografi (photoblog), lakaran (sketchblog), video
(vlog), muzik (MP3 blog) dan juga audio (podcasting). Mikro-blog pula merupakan salah
satu jenis blog dimana setiap blog mempunyai post yang singkat dan ringkas sahaja.
Sehingga Desember 2007, enjin carian blog (Technorati) berjaya menjejaki lebih
daripada 112 juta blog di layar Internet.
24
Rajah 2.7: Contoh blog pendidikan teknologi.
25
PERPUSTAKAAN DIGITAL
Perpustakaan digital merupakan perpustakaan di mana koleksinya disimpan dalam
bentuk digital dan dicapai melalui jaringan komputer. Dalam perpustakaan, proses
pendigitalan bermula dengan katalog, kepada index berkala (periodical indexes) dan
khidmat abstrak, dan kemudiannya kepada (periodicals) dan buku rujukan besar, dan
akhirnya pada penerbitan buku. Sebahagian perpustakaan digital yang paling berjaya dan
terbesar adalah Projek Gutenberg, Ibiblio dan Internet Archive
Project Gutenberg, ialah merupakan perpustakaan digital yang tertua yang dilancarkan
pada tahun 1971 oleh Michael S.Hart. Ia merupakan hasil usaha sukarela untuk
mendigitalkan dan menyebarkan sumber-sumber berbentuk budaya dan bangsa
Ibiblio (dahulunya dikenali sebagai SunSITE and MetaLab) merupakan “himpunan
koleksi” dan menjadi pusat sumber pelbagai maklumat dan perisian sumber terbuka
termasuk perisian, muzik, sejarah, seni, sains, politik dan kajian budaya. Ibiblio
dikelolakan oleh Sekolah Sains Perpustakaan dan Maklumat dan Sekolah kewartawanan
da Komunikasi Media di University of North, Chapel Hill bersama rakan kongsi
termasuk Center for the Public Domain, IBM dan SourceForge. Pada November 1994 ia
telah memulakan perkhidmatan radio internet. Jadual di bawah menunjukkan maklumat
ibiblio dari tahun 2002, 2006 dan 2008.
Internet Archive merupakan organisasi bukan untung bertempat di Presidio, San
FransiscoCalifornia yang membuat penyelenggaraan perpustakaan dalam-talian dan
rekod sumber-sumber web dan multimedia. Rekod-rekod tersebut termasuklah perisian,
buku, audio dan video. Koleksi Internet Archive ini juga adalah percuma untuk para
penyelidik, ahli sejarah dan pelajar. Ia merupakan ahli Persatuan Perpustakaan Amerika
(American Library Association) dan diiktiraf secara rasmi sebagai perpustakaan oleh
California.
26
Struktur Perpustakaan Digital
Perpustakaan digital boleh dibangunkan menggunakan perisian repositori yang spesifik.
Antara perisian yang terkenal ialah Dspace, Eprints, Fedora, dLibra dan Greenstone
Digital Library Software.
Antara struktur rasmi perpustakaan digital termasuk model rujukan bagi Archival
Information System, DELOS dan rangka kerja Streams, Structures, Spaces, Scenarios,
Societies (5S)
Pendigitalan
Pendigitalan merupakan proses mewakilkan objek, imej, isyarat (selalunya analog)
menggunakan set diskrit. Hasilnya disebut “perwakilan digital” atau lebih spesifik “imej
digital” bagi objek dan “bentuk digital” bagi isyarat.
Isyarat analog sentiasa berubah-ubah dan selalunya mengandungi maklumat dan
gangguan bunyi berbanding dengan isyarat digital yang diskrit dan konsisten. Perwakilan
dalam bentuk digital adalah lebih tepat dan kurang risiko kehilangan maklumat dan
gangguan bunyi.
Pendigitalan dilakukan dengan membaca isyarat analog A dan pada sela masa yang biasa
(persampelan frekuensi), mewakili nilai A dengan nombor integer dengan setiap bacaan
disebut sampel. Selepas itu, kesemua siri nombor integer tersebut akan ditukarkan semula
ke dalam bentuk isyarat analog.
Pendigitalan buku pada kelajuan tinggi dam harga yang rendah telah mendorong
perancangan pendigitalan berjuta-juta buku setahun bagi menerbitkan perpustakaan
digital.
27
Kelebihan
Perpustakaan tradisi terhad oleh ruang yang ada, perpustakaan digital mempunyai potensi
untuk menyimpan lebih banyak maklumat, disebabkan maklumat digital memerlukan
sedikit ruang untuk disimpan. Dengan itu, kos mengekalkan perpustakaan digital adalah
jauh lebih rendah berbanding perpustakaan tradisi. Perpustakaan tradisi perlu
mengeluarkan kos yang tinggi bagi membayar kaki tangan, menyelenggara buku, sewa,
dan buku tambahan. Perpustakaan digital tidak memerlukan kesemua ini.
Perpustakaan digital boleh menggunakan ciptaan dalam teknologi serta merta untuk
memberikan pengguna dengan peningkatan dalam teknologi eletronik dan buku bunyi
dan juga sebagai membentangkan bentuk baru komunikasi seperti wiki dan blog. Berikut
disenaraikan kelebihan perpustakaan digital.
· Tiada sempadan fizikal. Pengguna perpustakaan digital tidak perlu pergi ke
perpustakaan, orang seluruh dunia boleh mencapai maklumat yang sama, selagi
sambungan Internet tersedia.
· Tersedia sepanjang masa. Kelebihan perpustakaan digital adalah orang seluruh
dunia boleh mencapai maklumat sepanjang masa, selagi sambungan Internet
tersedia.
· Capaian banyak. Sumber yang sama boleh digunakan pada masa yang sama oleh
sejumlah pengguna.
· Pendekatan berstruktur. Perpustakaan digital memberikan capaian kepada
kandungan yang lebih kaya dalam bentuk yang lebih berstruktur, contohnya. kita
boleh beralih daripada katalog kepada buku tertentu kepada bab tertentu dan
sebagainya.
· Capaian maklumat. Pengguna mampu menggunakan pelbagai istilah carian
berkaitan dengan perkataan atau ayat bagi keseluruhan perpustakaan.
Perpustakaan digital boleh memberikan antara muka yang mudah, memberikan
capaian boleh klik pada sumbernya.
· Pengekalan dan penyimpanan. Salinan tepat dengan sumber asal boleh
dihasilkan tanpa had tanpa mengurangkan mutu.
28
· Ruang. Di mana perpustakaan tradisi terhad oleh ruang simpanan, perpustakaan
digital mempunyai potensi untuk menyimpan lebih banyak maklumat, hanya
disebabkan maklumat digital memerlukan sedikit ruang fizikal untuk
menyimpannya. Apabila perpustakaan kehabisan ruang, pendigitalan merupakan
satu-satunya penyelesaian.
· Jaringan. Perpustakaan digital tertentu boleh menyediakan pautan kepada
sumber perpustakaan digital lain dengan mudah, dengan itu menggabungkan
perkongsian sumber dapat dicapai.
· Kos. Secara teori, kos mengekalkan perpustakaan digital adalah lebih rendah
berbanding perpustakaan tradisi.
Kekurangan
Setetengah orang mengkritik perpustakaan digital terhad oleh undang-undang hakcipta,
kerana penulisan tidak boleh dikongsi melalui tempoh berlainan dalam bentuk
perpustakaan tradisi. Kandungan ini, dalam kebanyakan kes, public domain atau
kandungan dihasilkan sendiri sahaja. Sesetengah perpustakaan digital, seperti Projek
Gutenberg, berusaha untuk mendigitalkan terbitan lepas hakcipta dan menawarkan ia
secara bebas kepada umum.
Perpustakaan digital tidak mampu menghasilkan persekitaran sama seperti perpustakaan
tradisi. Ramai orang turut mendapai bahawa membaca bahan bercetak lebih mudah
berbanding membaca bahan pada skrin komputer walaupun ini bergantung kepada
paparan termasuk juga kecenderungan seseorang. Juga akibat perkembangan teknologi,
perpustakaan digital mendapati sesetengah bahan menjadi usang dan datanya tidak dapat
dicapai.
Repositori Akademik
Kebanyakan perpustakaan akademik terbabit secara aktif dalam membina institutional
repositories bagi buku, kertas kerja dan sebarang terbitan lain yang boleh didigitalkan
oleh institusi. Kebanyakan repositori ini tersedia bagi masyarakan akademik atau orang
awam. Repositori institusi sering kali dirujuk sebagai perpustakaan digital.
29
Masa Hadapan
Projek pendigitalan secara besar-besar sedang dijalankan di Google, Projek Sejuta Buku
(Million Book Project), MSN, dan Yahoo. Dengan peningkatan berterusan dalam
pengendalian buku dan teknologi persembahan seperti Optical Character Recognition dan
Ebooks, dan banyak simpanan pilihan lain dan model business, perpustakaan digital
berkembang pesat dalam populariti sebagaimana ditunjukkan oleh usaha Google, Yahoo,
dan MSN. Dan dengan usaha perpustakaan dalam kumpulan bunyi dan video, begitu juga
perpustakaan digital seperti Internet Archive.
Penggunaan perpustakaan digital ACM
Perpustakaan Digital ACM merupakan perpustakaan yang mengandungi koleksi sumber
rujukan dalam ‘citation’ dan bentuk teks penuh dari jurnal dan artikel ACM serta
persidangan prosiding.
‘Citation’ mengandungi tajuk, nama penulis, data dan bila sesuatu sumber itu boleh
dipaparkan kepada umum.
Cara penggunaan Portal ACM
1. Taipkan alamat perpustakaan digital yang ingin dilawati contoh:
http://portal.acm.org/
2. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan
30
3. Carian boleh dilakukan melalui tiga kaedah
a. Carian asas
i. Pada muka utama perpustakaan digital, taipkan perkataan atau ayat di
dalam kotak teks. Enjin carian akan mencari berdasarkan setiap
perkataan secara individu dan juga keseluruhan ayat yang ditaip.
Masukkan symbol pembuka dan penutup kata (“ ”) pada ayat jika
ingin mencari berdasarkan ayat yang tepat seperti skrin di bawah.
Langkah 1 Langkah 2
31
ii. Klik butang search
iii. Skrin seperti di bawah akan terpapar
iv.
v. S
enarai sumber akan dipaparkan dan terdapat beberapa kaedah untuk
menyusun hasil carian sama ada berdasarkan tajuk, penerbit, tarikh
penerbitan dan sebagainya seperti skrin di bawah:
vi. Selain itu, pengguna juga boleh memaparkan hasil carian dalam
bentuk yang ringkas atau sebaliknya seperti skrin di bawah:
32
b. Carian lanjutan
i. Carian lanjutan boleh dilakukan dengan klik pada Advanced Search
pada muka utama atau dengan cara berikut.
ii. Ikuti langkah-langkah carian asas di atas.
iii. Klik Advanced Search seperti di bawah
iv. Skrin seperti di bawah akan terpapar
33
v.
vi.
vii. C
arian boleh dilakukan menggunakan kriteria yang lebih spesifik seperti
kata kunci atau frasa, penulis dan sebagainya. Contohnya carian dibuat
berdasarkan perkataan RED dan nama penulis ialah Floyd seperti skrin
di bawah kemudian klik ’Search’
34
viii. Hasil carian seperti skrin di bawah:
c. Melayari perpustakaan digital
i. Carian berdasarkan melayari perpustakaan digital ini ialah dengan klik
pada senarai item-item yang ingin dicari seperti skrin di bawah:
35
ii. Jika carian berdasarkan jurnal, klik pada teks ’Journals’ dan skrin berikut akan terpapar.
iii. Carian boleh diteruskan dengan menaip teks dalam kotak teks ataupun carian secara lanjutan.
iv. Seterusnya boleh rujuk pada carian asas atau carian lanjutan dalam tutorial sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...