SIDANG VIDEO
- Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
- Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
- Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
- idang video menggunakan telekomunikasi audio dan video untuk menghubungkan orang di beberapa lokasi.
- Selain penghantaran audio dan visual aktiviti mesyuarat, sidang video boleh digunakan untuk berkongsi dokumen, maklumat paparan komputer, dan papan putih.
JENIS PERSIDANGAN VIDEO
- Banyak ke banyak
- Satu ke banyak
- Satu ke satu
KEBAIKAN MENGGUNAKAN TELESIDANG
- Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
- Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
- Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
- Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
- Mempertingkatkan komunikasi.
- Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
- Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.
TRANSMISI SIDANG VIDEO
- Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :
- Cekup (capture)
- Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
- Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yang kemudiannya dimampatkan.
- Mampat
- Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
- Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.
- Siar
- Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
- Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik
CONTOH PENGAPLIKASIAN SIDANG VIDEO
PENGGUNAAN PERISIAN SKYPE
Langkah 1
- Skrin Selamat Datang akan terpapar.
- Ketik tetikus kanan pada “close this window skrin and start using skype”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan