Rabu, 27 Julai 2011

Hukum D-M


Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankankata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.


Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:
KesalahanPadanan bahasa InggerisPembetulan
dalam lain perkataanin other wordsdengan kata-kata lain
lain-lain perkaraother mattersperkara-perkara lain
Minah RestoranMinah RestaurantRestoran Minah
Dunlop tayarDunlop tyretayar Dunlop
goreng pisangfried bananapisang goreng
cili soschilli saucesos cili

Kata Nama

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama amnama khasganti nama dan nama terbitan.



Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya iniitu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata (awalan), di akhir kata (akhiran), di awal dan di akhir kata (apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan (sisipan).

Kata kerja


Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
PenyambutKata Kerja TransitifPembuat
Radio itudidengariAtan
Burung ituditangkap olehseekor kucing
Sayur itudijual olehseorang perempuan
Ikan itudijala olehPak Abu
Surat itusedang ditulis olehbapa

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).
PembuatKata Kerja Tak TransitifKeterangan
Kamimandidi tasik
Diasenyumsemasa berjalan
Air sungaiberansursurut


Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
PembuatKata Kerja Tak Transitif
Rumahnyaroboh
Radio ituberbunyi
Turunnya Union Jack itu,
Jalur Gemilang pula
berkibar

Penjodoh Bilangan


Dalam bahasa Melayupenjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya. Yang berikut ialah senarai penjodoh bilangan yang digunakan dalam bahasa Melayu:
PerkataanErti/KegunaanContoh
angkatankumpulan seragamseangkatan tentera
bariskumpulan benda dalam bentuk garis lurussebaris ayat
batangbenda panjang atau tinggisebatang sungai, sebatang pokok
bentukbenda yang melengkungsebentuk cincin
berkasikatan atau susunanseberkas kayu api
bidangbenda yang luassebidang tanah
biji1) buah-buahan
2) benda yang bulat
3) benda yang kecil
sebiji mangga
sebiji bola
sebiji benih
bilahbenda yang tajamsebilah pedang
buah1) benda yang besar
2) benda yang tidak ditentukan penjodoh bilangan
sebuah kapal
sepuluh buah kerusi
bukubenda yang berbongkahsebuku sabun
bungkusbenda dalam bungkusansebungkus nasi
butirbenda yang kecilsebutir peluru
carikkepingan yang dicariksecarik kain
cebispotongan, serpihansecebis kaca
cekakbenda bersaiz secekak jarisecekak sirih
cubitsedikitsecubit garam
cucukbenda yang ditusuk dengan lidisecucuk sate
dastembakan21 das tembakan meriam
deretbenda-benda dalam sebarisansederet kedai
ekorhaiwanseekor ayam
gugusbenda-benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatansegugus anggur
gelungbenda yang berlingkarsegelung tali
gemalsama dengan "cekak"segemal padi
genggambenda-benda yang dipegang dalam kepalan tangansegenggam beras
gulungbenda yang digulungsegulung kain
gumpal1) bongkah
2) ketul
3) kepul
segumpal tanah
segumpal darah
segumpal asap
helaibenda yang nipis dan lebarsehelai baju
hidangankumpulan makanan dan minuman yang disajikansehidangan kuih-muih
hirispotongan nipissehiris daging
ikatbenda-benda yang diikat rapatseikat kayu api
jambakkarangan (bunga dll.)sejambak bunga
jambanganbenda dalam pasu atau belangasejambangan bunga
jemputbenda-benda yang diambil dengan hujung jarisejemput pasir
kakisekaki payung
sekaki cendawan
kandanghaiwan dalam kandangsekandang kambing
kapursirihsekapur sirih
kawankumpulan haiwansekawan lembu
kelompokkumpulan, gugusansekelompok pulau
kepalgumpalanbeberapa kepal nasi
kepingkepingan, potongansekeping kertas
kepulgumpalan asap atau awan yang tebalsekepul asap
keratbaahgian, potongansekerat tulang
ketulgumpalan, ketulanseketul daging
kotakbenda dalam kotaksekotak bijirin sarapan
kuntumbungasekuntum bunga merah
larassenjataselaras senapang
lembarbenda yang panjang dan luas bidangnyasebidang kain
lingkarsama dengan "gelung"selingkar tali
longgokhimpunan, timbunanselonggok sampah
naskhahsalinan bahan bacaan bersirisenaskhah majalah
orangmanusiadua orang anak
papankepingansepapan petai
pasangbenda yang berduaansepasang kasut
pasukankumpulan seragamsepasukan pemain bola sepak
patahperkataansepatah kata
pintubangunansepuluh pintu kedai
potongkepingan yang dipotongsepotong kek
pucuk1) surat
2) senjata api
sepucuk surat
sepucuk senapang
puntungkeratan kayu yang pendek-pendeksepuntung kayu api
rangkapbaris-baris karanganserangkap pantun
rawanmenyatakan selengkap benda ituserawan jala
ruasbahagian di antara dua bendabeberapa ruas tebu
rumpunkelompok, ikatanserumpun bunga
sikattangkai pisangsesikat pisang
sisirsama dengan "sikat"sesisir pisang
suapsebanyak yang dijemput dan dimasukkan ke mulutsesuap nasi
tandanbuah-buahan yang bergugussetangkai pisang
tangkaibungasetangkai bunga
teguksebanyak yang ditelan sekaliseteguk air
timbunhimpunan sesuatu yang bertindih-tindihsetimbun sampah
titiktitisansetitik air mata
tongkol1) kepingan yang besar dan berbongkah
2) buah jagung
setongkol kayu
lima tongkol jagung
ulasbahagian buah yang berbiji dll.seulas buah epal
untairangkaian benda yg dicucukseuntai manik
uratgelang atau benda yang kecil (halus) dan panjangdua urat gelang
utasbenda yg beruraiseutas jam tangan
(sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjodoh_bilangan_bahasa_Melayu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...