Rabu, 27 Julai 2011

Ayat Songsang


Ayat songsang

Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASASUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANGPREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIFOBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayatSusunan biasaSusunan songsang
Ayat intiEncik Yosri birokrat.Birokratlah Encik Yosri.
Kucing itu ke sana.Ke sana kucing itu.
Ayat tanyaOrang itu adik kamu?Adik kamukah orang itu?
Kamu belum makan?Belum makankah kamu?
Ayat pasifSurat itu akan saya kirimkan.Akan saya kirimkan surat itu.
Saya ketinggalan bas pada hari itu.Ketinggalan bas saya pada hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...